Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 4

 بحيرة الأزهر

 شرح سفينة النجاة


Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah


Siri 4


Berkata Al-‘Allamah Al-Qadhi Al-Faqih Syeikh Salim Bin Abdullah Bin Sa’ad Bin Abdullah Bin Samir Al-Hadhrami As-Syafie :


وَصَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ

……………………………………….


Artinya : Dan telah berselawat olih Allah dan telah memberi salam.

Mengucap selawat dan salam ke atas Nabi saw maksudnya ialah berdoa meminta kebaikkan dan merendahkan diri kepadanya serta memohon keselamatan baginya.


Dan adalah selawat itu jika daripada Allah bermakna rahmat dan jika dari para malaikat bermakna istighfar dan jika dari manusia bermakna merendahkan diri dan doa.


Menyebut olih Imam Al-Azhari :


معنى الصلاة من الله تعالى الرحمة، ومن الملائكة الاستغفار، ومن الآدميين التضرع والدعاء


Artinya : “Makna selawat dari Allah Taala itu ialah rahmat dan dari malaikat ialah istighfar dan dari manusia ialah rendah diri dan doa.”


Berkata Syeikh Al-Qalyubi :


وَالْمُرَادُ مِنْ الصَّلَاةِ مِنْهُمْ كُلُّ لَفْظٍ فِيهِ دُعَاءٌ كَالرَّحْمَةِ وَالْعَفْوِ وَالرِّضَا، وَمَعْنَى صَلَاتِنَا عَلَيْهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - طَلَبُ الصَّلَاةِ مِنْ اللَّهِ عَلَيْهِ إمَّا لِزِيَادَةِ الْمَرَاتِبِ لَهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَإِنَّهَا لَا نِهَايَةَ لَهَا، وَإِمَّا لِحُصُولِ الثَّوَابِ لَنَا بِهَا


Artinya : “Dan yang dikehendaki dari selawat itu dari mereka ialah sekelian lafaz yang ada padanya permintaan seperti rahmat dan keampunan dan redha. Dan makna selawat kita atas Nabi saw ialah menuntut selawat dari Allah atasnya samada kerana melebihkan martabat bagi Nabi saw dari kerana sungguhnya tiada hingga baginya dan kerana menghasilkan pahala bagi kita dengan sebabnya.”


Berkata ulamak yang muhaqqiq :


والصلاة وهي من الله الرحمة المقرونة بالتعظيم. والسلام أي التسليم من كل آفة ونقض على سيدنا محمد رسول الله لكافة الثقلين الجن والإنس إجماعا وكذا الملائكة


Artinya : “Dan bermula selawat itu dari Allah bermakna rahmat yang beserta dengan membesarkan. Dan salam itu ialah meminta selamat dari sekelian kebinasaan dan kekurangan atas penghulu kita Muhammad Rasulullah bagi sekelian jin dan manusia dan seperti itu juga para malaikat.”


Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ fi Fiqhi Al-Imam Ahamad bin Hanbal :


السلام بمعنى التحية أو السلامة من النقائص والرذائل أو الأمان. والصلاة عليه - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - مستحبة تتأكد يوم الجمعة وليلتها، وكذا كلما ذكر اسمه     


Artinya : “As-Salam bermakna kehurmatan atau keselamatan dari segala kekurangan dan kehinaan atau bermakna sejahtera. Dan adalah selawat atas Nabi saw itu disunatkan lebih-lebih lagi pada hari jumaat dan tiap kali namanya disebut.”

Dan sangatlah dituntut atas kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi saw dari kerana terlalu banyak kelebihannya sebagaimana datang pada hadith-hadith dan orang yang tidak berselawat ke atas Nabi saw ketika namanya disebut di hadapannya adalah orang yang bakhil.


Tersebut pada Kitab Tadrib Ar-Rawi :


يُستحب لقارئ الحديث وغيره ممّن في معناهُ، إذا ذُكر رسولَ الله صلى الله عليه وسلم، أن يرفَعَ صوتهُ بالصلاة عليه والتسليم، ولا يبالغ في الرفع مبالغة فاحشة. وممّن نصّ على رفع الصوت: الإمامُ الحافظ أبو بكر الخطيب البغدادي وآخرون


Artinya : “Disunatkan bagi orang yang membaca akan hadith dan lainnya yang semakna dengannya apabil disebutkan nama Rasulullah saw bahawa dia mengangkat akan suaranya dengan selawat dan salam dan janganlah kuatnya itu sampai melampau yang keji. Dan setengah dari mereka yang menaskan atas disuruh angkat suara itu ialah Imam Al-Hafiz Abu Bakar Al-Khatib Al-Baghdadi dan yang lain-lain.”


Dan sebagaimana selawat atas Nabi saw adalah diharuskan selawat atas segala Nabi-Nabi dan para Rasul dan begitu juga para malaikat.


Ada pun selawat atas para sahabat r.a. maka menurut pendapat yang sahih hukumnya adalah makruh.


Berkata Imam Nawawi :


أجمعوا على الصلاة على نبيّنا محمّدٌ صلى الله عليه وسلم، وكذلك أجمع من يُعتّد به على جوازها واستحبابها على سائر الأنبياء والملائكة استقلالاً. وأما غيرُ الأنبياء، فالجمهور على أنه لا يُصلّى عليهم ابتداء، فلا يقالُ: أبو بكر صلى الله عليه وسلم. واختُلف في هذا المنع، فقال بعض أصحابنا: هو حرامٌ، وقال أكثرهم: مكروهٌ كراهةَ تنزيهٍ، وذهب كثيرٌ منهم إلى أنهُ خلافُ الأوْلَى، وليس مكروهاً، والصحيحُ الذي عليه الأكثرون أنه مكروهٌ كراهةَ تنزيه


Artinya : “Telah ijmak sekelian ulamak atas selawat atas Nabi kita saw dan demikian juga telah ijmak olih ulamak-ulamak yang diambil kira dengannya atas bolih dan disunatkan selawat atas sekelian Nabi-Nabi dan malaikat secara berasingan. Dan adapun selain dari para Nabi maka jumhur ulamak berpendapat atas bahawasanya tidak diselawatkan atas mereka secara permulaan. Maka tidaklah dikata Abu Bakar sallallahu alaih wasallam. Dan telah diperselisihkan pada larangan ini. Maka  berpendapat olih sebabagian Ashab kami larangan ini adalah haram. Dan berkata kebanyakkan mereka itu ia makruh tanzih. Dan telah berjalan ramai daripada mereka itu kepada menyalahi yang lebih utama dan tidak makruh. Dan bermula pendapat yang sahih yang atasnya kebanyakkan ulamak sungguhnya hukumnya ialah makruh tanzih.” (Kitab Al-Azkkar)


 عَلَى سَيِّدِنَا

………………


Sayyidina artinya sayyid kami dan arti sayyid yang juga dieja dengan syed pada bahasa ialah pemimpin atau tuan atau penghulu maka arti sayyidina itu ialah pemimpin kami.


Berkata Al-Harawi :


السَّيِّدُ هُوَ الَّذِي يَفُوقُ قَوْمَهُ فِي الْخَيْرِ


Artinya : “Sayyid ialah orang yang mempunyai kelebihan atas kaumnya pada kebajikan.”


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda :


أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Artinya : “Aku adalah sayyid (pemimpin) sekelian keturunan manusia pada hari kiamat.” (Hadith riwayat Muslim)


Maksudnya Nabi saw adalah pemimpin sekelian umat manusia di dunia dan di akhirat yang tidak ada suatu jua pun makhluk yang mempunyai kelebihan mengatasi kelebihan Nabi saw. 


Berkata Imam Nawawi :


قَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ أَنَّهُ سَيِّدُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ


Artinya : “Sabdanya (pemimpin pada hari kiamat itu) bersekali sebagai pemimpin di dunia dan di akhirat.” (Kitab Syarah Muslim)


Telah diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. Nabis aw bersabda :


أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا فَخْرَ، وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ عَنْهُ الْأَرْضُ وَلَا فَخْرَ، وَبِيَدِي لِوَاءُ الْحَمْدِ وَلَا فَخْرَ، وَمَا مِنْ نَبِيٍّ يَوْمَئِذٍ آدَمُ فَمَنْ سِوَاهُ إِلَّا تَحْتَ لِوَائِي، وَأَنَا أَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ وَلَا فَخْرَ


Artinya : “Aku adalah sayyid (pemimpin) sekelian manusia pada hari kiamat dan bukan berbangga. Dan aku orang pertama yang terbelah daripadanya bumi (kubur) dan bukan berbangga. Dan pada tanganku panji-panji Al-Hamd dan bukan berbangga. Dan tiada seorang Nabi daripada Adam dan selepasnya pada hari itu melainkan dibawah panji-panjiku dan aku orang pertama meminta syafaat dan dibenarkan memberi syafaat dan bukan berbangga.” (Hadith riwayat Ibnu Majah)


Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi saw telah bersabda :


أَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ عَنْهُ الْأَرْضُ فَأُكْسَى حُلَّةً مِنْ حُلَلِ الْجَنَّةِ، ثُمَّ أَقُومُ عَنْ يَمِينِ الْعَرْشِ لَيْسَ أَحَدٌ مِنَ الْخَلَائِقِ يَقُومُ ذَلِكَ الْمَقَامَ غَيْرِي


Artinya : “Akulah orang pertama yang terbelah daripadanya bumi lalu aku memakai akan perhiasan dari perhiasan-perhiasan syurga kemudian aku akan berdiri di kanan Arasy. Tiada seorang jua pun dari makhluk yang duduk pada tempat tersebut selainku.” (Hadith riwayat Tirmizi)


مُحَمَّدٍ

………


Muhammad adalah nama yang bermaksud seorang yang banyak kelakuan terpuji dan menurut sebahagian ulamak dinamakan Nabi kita saw dengan nama Muhammad ialah dengan ilham daripada Allah kepada datuknya.


Berkata Syiekh Al-Bujairimi :


رُوِيَ فِي السِّيَرِ أَنَّهُ قِيلَ لِجَدِّهِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَقَدْ سَمَّاهُ فِي سَابِعِ وِلَادَتِهِ لِمَوْتِ أَبِيهِ قَبْلَهَا لِمَ سَمَّيْتَ ابْنَكَ مُحَمَّدًا وَلَيْسَ مِنْ أَسْمَاءِ آبَائِكَ وَلَا قَوْمِكَ؟ قَالَ رَجَوْتُ أَنْ يُحْمَدَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ. وَقَدْ حَقَّقَ اللَّهُ رَجَاءَهُ 


Artinya : “Telah diriwayatkan pada kitab-kitab sirah sungguhnya diberitahu datuknya Abdul Muttalib dan sungguhnya dia telah menamakannya pada hari ketujuh kelahirannya kerana bapanya telah meninggal dunia sebelumnya kerana apa diberi nama anaknya (yakni cucunya) akan nama Muhammad sedangkan tidak ada nama Muhammad itu pada nama nenek moyang dan kaumnya? Berkata Abdul Muttalib : Aku berharap bahawa dipuji akan dia pada langit dan bumi. Dan sungguh Allah telah membenarkan pengharapannya itu”


Telah meriwayatkan olih Imam Ibnu Hisyam :


أن آمنة بنت وهب أم رسول الله صلى الله عليه وسلم كانت تحدث أنها أتيت ، حين حملت برسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقيل لها : إنك قد حملت بسيد هذه الأمة ، فإذا وقع إلى الأرض فقولي : أعيذه بالواحد ، من شر كل حاسد ، ثم سميه محمدا . ورأت حين حملت به أنه خرج منها نور رأت به قصور بصرى ، من أرض الشام


Artinya : “Sungguhnya Aminah binti Wahab bonda Rasulullah saw adalah ia telah didatangi olih malaikat ketika mengandungkan Rasulullah saw maka berkata malaikat itu baginya : Sungguhnya kamu sedang mengandungkan pemimpin umat ini maka apabila lahir ia ke dunia kamu ucaplah : Aku lindungi dia dengan Tuhan yang Esa dari sekelian kejahatan dan yang dengki kemudian namakannya dengan Muhammad. Dan bondanya melihat ketika mengandungkannya sungguh telah terbit dari dirinya cahaya yang terang hingga dapat nampak istana Raja Busra yang terletak di Syria.” (Sirah Ibnu Hisyam)


wallahua’lam

ustaz azhar idrus


bersambung..


خَاتَمِ النَّبِيَّيْنَ

Comments